‘REPOST’
INI ADALAH GRAF KEUNTUNGAN DARI SAHAM AMANAH (UNIT TRUST) P.MUTUAL BAGI DANA PIDF (PUBLIC ISLAMIC DIVIDEND FUND) UNTUK TAHUN 2009. PROFIT DARIPADA TURUN NAIK HARGA SE UNIT YANG DIPEROLEHI ADALAH 33.76%.
Penunjuk prestasi yang dikira adalah dari dec 08 hingga dec 09. 33.76% untuk setahun ? WOW!! Bayangkan pelaburan anda pada tahun itu adalah RM1000, bererti keuntungan hujung tahun yang diperolehi adalah RM337.6. Kecil dari jumlah nya tetapi, jika melihat % nya, cukup tinggi.
Kita lihat angka yang lebih besar, RM10k contohnya pelaburan di dalam PIDF. Keuntungan yang diperolehi adalah RM3376. Hmm!! adakah ini tidak dikira besar ? Cukup besar jika perbandingan dengan tempat-tempat simpanan yang lain seperti bank, tabung2 dll. Tapi jangan dibandingkan dengan pasaran saham.
RM3376 untuk setahun bermakna RM281.33 sebulan selama 12 bulan. Analoginya, pendapatan tambahan untuk sebulan yang diperolehi adalah RM281.33 hasil daripada pelaburan RM10k. Tetapi ini pengiraan diatas kertas. Jika mahu ia menjadi kenyataan, maka penjualan unit tersebut harus dilakukan.
KITA LIHAT DANA YANG LAIN…..
PCIF – Public China Ittikal Fund. Dana yang mengalami kejatahunan yang amat teruk selepas pelancarannya. Dan sehingga sekarang masih lagi belum ‘break even’. Tetapi lihat sahaja graf prestasi bagi 2009. Keuntungan 42.88%, Wow!! sekali lagi wow!. Tetapi harga PCIF masih lagi tidak dapat melepasi harga sewaktu mula-mula jualan dahulu.
Tetapi kenapa ada keuntungan disini ? Bagaimana nak dapat keuntungan seperti ini. Ini lah pentingnya Regular Investment, kos seunit belian akan menjadi rendah jika kita membuat penambahan pelaburan keatas dana yang telah dibeli. Buktinya, PCIF tahun 2009 mendapat keuntungan 42.88%
LAGI dan LAGI!!
KEPADA PELABUR
Trauma 2008 akibat kejatuhan yang mendadak keuntungan dana unit trust menyebab kita menjadi ‘fobia’ terhadap pelaburan-pelaburan kita yang ada. Jika fobia ini menganggu kehidupan tuan-tuan, inilah masa yang sangat sesuai untuk lari dari keadaan ini dan letak pelaburan tuan-tuan di tempat yang selamat seperti ASB, tabung haji, FD dll seumpamanya. Tetapi jika tuan-tuan ‘Tegar’ dan memahami risiko-risiko yang ada dan untuk jangka yang panjang, tetap lah terus bersama pelaburan tuan-tuan yang ada. Sejarah, rekod dan nombor2 yang ada pada petunjuk prestasi unit trust public mutual boleh menjadi panduan dan bukti untuk Tuan-tuan berasa yakin terhadap kerja-kerja yang dilakukan oleh pengurus dana dalam mengurus dan melabur duit tuan-tuan yang ada. Sejarah, rekod dan nombor2 penunjuk prestasi dana boleh dirujuk di www.publicmutual.com.my
Setiap orang ada instinct pelaburan masing-masing
Peniaga pasar malam melabur wangnya dalam perniagaanya, pelabur hartanah melabur wangnya didalam hartanah, orang makan gaji menyimpan wangnya di tempat simpanan/pelaburan yang memberi pulangan. Setiap orang ada kepercayaan masing-masing berdasarkan pengetahuan yang mereka perolehi. Orang yang ada syarikat trading, bila diajak untuk membeli rumah membuat property income, mereka akan kata ‘ohh! saya gunakan duit saya untuk rolling bisnes saya’, begitu juga orang yang terlibat dengan property, mereka akan kata. ooohh, kenapa simpan duit di FD, beli rumah dan sewakan… kamu akan dapat keuntungan yang besar.
Dan jika ditanya kenapa orang memilih untuk simpan sahaja gaji bulanan mereka di Tabung Haji atau ASB, kerana mereka yakin akan pulangan tetap yang diberikan pada setiap tahun tanpa perlu bimbang akan risiko kehilangan wang pelaburan…Masing-masing ada kecenderungan masing-masing. Ada kepercayaan tersendiri berdasarkan faktor-faktor pengetahun, pengalaman, sejarah, rakan-rakan dan lain-lain sehingga mereka mengambil keputusan tersendiri dimana harus membuat pelaburan. Tetapi akhirnya sudah tentu pelaburan itu untuk masa hadapan yang boleh digunakan untuk menjalani kehidupan di hari tua.
Didalam forum-forum internet yang saya ikuti, jika perbincangannya adalah berkenaan property, mereka akan mengatakan property adalah yang terbaik. Jika perbincangan adalah ASB, ASB adalah terbaik dan jika perbincangannya unit trust, maka unit trust lah yang terbaik. Jadi bagaimana membuat keputusan ?
Ikut kemampuan, ikut kemahuan dan lihat profile diri sendiri kecenderungan kearah mana. Semuanya berbalik kepada bagaimana kita mengurus kewangan. Peniaga pasar malam, guna wang mereka untuk rolling modal, mereka juga hidup senang boleh menampung kehidupan seharian, boleh membesarkan anak, boleh mempunyai kereta dan boleh mempunyai rumah. Mereka tidakĀ main property, mereka tidak masuk unit trust. Tetapi mereka percaya dan yakin akan apa yang mereka lakukan, dan yang pastinya berjaya.
Begitulah juga kita, bagaimana kita menguruskan kewangan. Yang penting, simpanan harus dilakukan. Dimana tempat untuk disimpan? Kita harus mendapatkan knowledge yang secukupnya. Unit trust ? Ya, ia satu tempat simpanan yang baik. ‘Figure’ yang menceritakan segala-galanya
P/S: Pengiraan keuntungan dana-dana diatas adalah dikira berdasarkan setahun 2009.




